"Merealisasikan Perubatan Jawi - Alamiah dan Ilahiah"

KENALI HPA

Profil Syarikat HPA – HERBA PENAWAR ALWAHIDA

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf 'GMP' semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

PENGENALAN
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad pada bulan September 1987, yang ketika itu dikenali dengan nama
Perubatan Tradisional Al-Wahida. Selepas lapan tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn Bhd pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Bermula dari situlah syarikat HPA mengembangkan perniagaan sehingga ke tahap yang lebih maju. Kini HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang di dua kawasan perindustrian yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

PENGILANGAN
Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 6, Kawasan MIEL Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA. Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.

Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

"Produk keluaran 100% Bumiputra Muslim"

Pengeluaran Produk Herba

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, 50 jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
"Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas"- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

Visi, Misi dan Objektif
VISIHPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa
MISIHPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat
OBJEKTIFMenjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan
posted by Zamri @ 2:33 AM  
Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi (PPPJ)

Perubatan holistik berkembang semenjak zaman silam sehinggalah ke mellinium baru di abad ke-21 ini. Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 80% penduduk dunia masih mengamalkan perubatan tradisional berasaskan herba dan sumber-sumber alami.Perubatan Holistik Jawi diasaskan oleh Tuan Hj Ismail b Hj Ahmad yang berasal dari Perlis Indera Kayangan. Ia menggabungkan pelbagai kaedah rawatan alternatif di dunia yang dikenali sebagai Perubatan Holistik Jawi. Pada tahun 2004, pihak Institusi Latihan Herba Al-Wahida (INTIBAH) telah menganjurkan program pembelajaran mengenai herba dan strategi pemasaran pelbagai peringkat kepada semua pengedar, agen dan stokis.
Bagi memastikan kelangsungan Perubatan Holistik Jawi serta perkembangan yang positif sepanjang zaman, maka Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi (PPPJ) ditubuhkan pada tahun 2005, merancang untuk memberi pendidikan mengenai herba dan rawatan alternatif kepada masyarakat menggunakan konsep pendidikan bestari. Program ini mengambil masa selama sebluan Objektif kami adalah untuk menjadikan pendidikan sebegini dikenali oleh masyarakat melalui pelbagai peringkat pendidikan seperti peringkat sijil, diploma atau sarjana. Untuk permulaan, pihak PPPJ telah menyediakan pembelajaran mengenai herba dan rawatan alternatif melalui pelbagai kursus iaitu kursus Sijil Herbalis, Jawi Holistic Healing Course (JHHC) dan lain-lain.
PPPJ adalah sebuah pusat pengajian perubatan herba dan naturopati yang bersifat holistik yang mempelajari serta mengkaji
bidang herba dan pelajari rawatan alternatif; seperti bekam, akupunktur, urutan limfotik, urutan refleksologi, aromaterapi dan kiropraktik. Objektif penubuhan PPPJ adalah untuk melaksanakan latihan dan sistem pendidikan yang berdasarkan 3P iaitu:
1. Pendidikan (Education)
2. Perubatan (Medication)
3. Perawatan